KEMPEN HORMATI SUASANA SENYAP DI PERPUSTAKAAN
Kebelakangan ini Perpustakaan didapati berkeadaan bising dan suasana menjadi tidak selesa untuk pembelajaran. Ini terjadi terutamanya di ruang Rujukan (aras 3) dan juga di aras-aras yang lain. Kesedaran dikalangan pengguna Perpustakaan akan kepentingan suasana senyap di Perpustakaan semakin hari semakin tidak di utamakan. Didapati pengguna Perpustakaan terutamanya di ruang rujukan berbual dengan suara yang kuat tanpa menghiraukan pengguna lain atau staf berdekatan. Keadaan ini menimbulkan gangguan bagi pengguna yang sedang membuat rujukan di meja sekitarnya.
Perlu dijelaskan bahawa membuat bising di Perpustakaan adalah menyalahi Peraturan 5.5 PSZ seperti yang dinyatakan dalam Buku Panduan Perpustakaan iaitu :
- Pengguna mestilah patuh kepada peraturan SENYAP di Perpustakaan
Jika didapati pengguna melanggar peraturan ini, PSZ berhak mengambil tindakan seperti yang dinyatakan dalam per.5.23 dalam Buku Panduan Perpustakaan iaitu :
- Pelanggaran peraturan-peraturan boleh meng-akibatkan pengguna dikenakan tindakan seperti dibawah :-
a) Diminta keluar dari Perpustakaan
b) Tidak dibenarkan masuk dan menggunakan kemudahan Perpus-
takaan
c) Digantung pinjaman
d) Digantung keputusan peperiksaan
e) Dirujuk kepada Jawatankuasa
Tatatertib
Bagi mengatasi masalah kebisingan, PSZ mengambil langkah dengan mengadakan kempen menghormati suasana senyap di Perpustakaan dengan objektif memberi kesedaran kepentingan suasana yang selesa untuk semua pengguna.
Antara langkah yang akan diambil oleh PSZ adalah :
- Mengetatkan kawalan kebisingan di semua aras. Staf PSZ akan sentiasa menjalankan rondaan di setiap aras dan memastikan semua pengguna patuh kepada peraturan SENYAP.
- Tindakan tegas akan diambil bagi mana- mana pengguna yang melanggar peraturan tersebut.
Pengguna Perpustakaan juga diminta memainkan peranan iaitu :
- Menegur pengguna lain berdekatan yang didapati membuat bising.
- Melaporkan kepada staf PSZ jika didapati pengguna membuat bising di Perpustakaan.
PSZ berharap pengguna dapat memberi kerjasama penuh kepada usaha ini demi kepentingan dan keselesaan kita bersama.